"IRONLESS BLOUSE" VS "IRON BLOUSE"




Ironlessblouse vs ironblouse ?? Maksudnya baju TAK PAYAH GOSOK dan BAJU PERLU GOSOK. Korang lebih suka yang mana ? Kak Saadah memang sukaaa sangat-sangat pakai ironless blouse. Jika orang nak kasi hadiah, memang keutamaan pada ironless blouse. Bukan tak hargai orang kasi tapi kalo ada pilihan. Haaa gittew. Meh Kak Saadah cerita kenapa Kak Saadah suka sangat dengan ironless blouse ni. Kak Saadh akan cerita jugak tentang iron blouse tu.


Ironlessblouse

First time Kak Saadah ada baju ironless pada tahun lepas. Baru je lagi. Sebelum ni semua baju kene iron. Taaapi, pakai jugak. Kihkih. Dah itu aje yang ada kan. Orang kata rezeki jangan ditolak-tolak. 

Dalam banyak-banyak koleksi baju Kak Saadah, yang ironless tu la paaalinggg tak cantik sebabb dah banyak kali guna, dah banyak kali kene sabun, dah banyak kali kene ligan dengan mesin basuh. Hahha. Tapi sayangnya pada baju tu memang di level yang tertinggi. Hihi.

Kak Saadah ni kerja tak official pon. Bukan kerja pejabat pergi pagi balik petang camtu, soo suka hati Kak Saadah la kan nak pakai baju apaa.
Tapi, tapi pakai baju yang bertepatn dengan tempat yang nak pergi.

Antara tempat yang selalu Kak Saadah pergi dengan menyarungkan koleksi Ironless ialah Pasar, Shopping Mall, hantar ambil adik dari sekolah, jumpa cutomer, bercuti, hospital, ziarah orang, riadah, dan lain-lain. Wehh, memang banyak tempat la Kak Saadah pergi. 
Kebanyakkan tempat memang duk ligan koleksi ironless je

Pakai blouse iroless actually BUKAN MALAS taw ! 
Ini salahsatu tanggapan negatif sesetengah pihak
Uollssss kata den malas ??Aiyakkkk

Pemakaian ironless blouse ni sebenarnya lebih praktikal dengan kesibukan urusan kerja harian, nak tak nak kita perlu membina "lifestyle" yang practical Ini salah satu untuk elakkan stress taw. Siapa setuju ??

Dengan koleksi ironless kita jadi lebih SMART kerana bijak dalam mengatur kehidupan seharian even hanya sekecil-kecil perkara. Contoh dalam bab pemilihan pakaian ni.

Ironless blouse tak bergaya ?
Oh my !
Sekarang sangat moden
Baju yang kita selalu duk iron sebelum ni tu, dengan pemilihan material moss crepe sebagai contohnya, macam-macam design dah boleh jadi. Ketrampilan  komuniti boleh dibina tapi kekal dalam bersederhana atau tidak melampau-lampau serta menjaga bats syariatnya.

Seeee. Ironless not MALAS ya. Hihi.


Iron Blouse

Walaubagaimanapon, Kak Saaah tak anak tirikan taw baju yang perlu iron. Dua- dua Kak Saadah suka dan sayang.

Sememangnya jika ke tempat yang official seperti seminar dan anda sebagai ahli panel, sangat sesuai dengan koleksi yang perlu gosok. Sebab itu most of pekerja kerajaan or swasta, kebanyakkan memilih pakaian perlu iron.

Dikala hari raya pon kebanyakkan daripada kita akan memilih koleksi perlu iron seperti baju kurung, baju kebaya, kebarung dan macam-macam lagi. Betol tak ?



Peminat ironless boleh dapatkan koleksi ironless daripada Kak Saadah juga. Mudah dan jimat mas itulah yang utama.




Comments

Popular Posts